Mempunyai anak baru adalah waktu mengujakan tetapi ia juga boleh menjadi detik ketidaktentuan dan menggusarkan, bukan saja buat ibu bapa kali pertama malah buat ibu bapa yang berpengalaman kerana setiap anak adalah unik dan boleh menjadi punca pengalaman serba baru.

Sebagai ibu bapa, kita mahu menghindar atau merawat keadaan yang menyebabkan ketidakselesaan pada anak, tetapi ada sesetengah keadaan biasa di kalangan anak kecil yang mampu mendatangkan tekanan pada ibu bapa. Contohnya, refluks gastro-esofageal, turut dikenali GER, yang biasa dihadapi anak kecil, yang mengakibatkan bayi kerap meluah atau muntah selepas menyusu, dan biasanya dialami bersama sakit perut atau merap selama berjam-jam selepas menyusu.

Refluks gastro-esofageal, atau GER, biasa dihidapi bayi-bayi kecil. GER mengakibatkan bayi kerap meluah atau muntah selepas menyusu, dan biasanya dialami bersama sakit perut atau merap selama berjam-jam selepas menyusu.

Ia berlaku kerana oesophagus bayi belum matang, dan menyebabkan bayi muntah makanan yang sudah ditelan.

Ini adalah keadaan biasa dalam beberapa minggu dan bulan pertama hayat bayi kerana cecincin otot pada dasar esofagus belum cukup matang. Ini mengakibatkan sebahagian daripada gabungan makanan, minuman dan asid daripada perut bayi naik semula menerusi esofagus, dan bukannya disalurkan kepada usus besar dan kecil, lantas menyakitkan salutan dinding esofagus. Oleh sebab gejala dan tanda GER seakan serupa dengan kolik, keadaan ini adakalanya dikelirukan dengan kolik. Dalam budaya Cina, GER dalam istilah bahasa percakapan dikenali sebagai ‘tangisan seratus hari’ kerana ia biasanya berlaku dalam 100 hari pertama selepas kelahiran bayi.

Mulakan Dengan Cara Yang Betul

Sebelum memulakan urutan, sentiasa hangatkan minyak menggunakan tangan sehingga mencecah suhu badan. Bercakap dengan bayi anda sebagai sebahagian daripada proses urutan berupaya mendorong si kecil supaya menantikan sesi urutan dan mengeratkan hubungan anda dengan bayi.

Satu gaya urutan perut yang popular ialah gaya Atas-Ke-Bawah. Seperti yang ditunjukkan dalam gambar, letakkan kedua-dua belah tangan pada perut bayi dan secara perlahan tolak ke bawah dengan sedikit tekanan. Ia akan membantu membuang angin dalam perut bayi menerusi saluran usus. Anda boleh melakukan kira-kira empat hingga enam pusingan bagi gaya Atas-Ke-Bawah tetapi perhatikan reaksi bayi terhadap urutan sebelum meneruskannya.

Juga terdapat satu gaya urutan perut yang sangat istimewa yang dinamakan I Love You bagi mewakili satu set tiga langkah berterusan yang meniru bentuk huruf ‘I’, ‘L’ dan ‘U’. Urutan I Love You sesuai untuk bayi yang mempunyai angin berlebihan dalam perut ataupun sembelit, dan diilhamkan menurut susunan usus manusia yang terlilit mengikut arah jam.

Huruf pertama ‘I’ memerlukan anda meletakkan tangan pada bahagian kanan perut bayi dan mengurut ke bawah sekali – seperti bentuk huruf ‘I’.

Teknik Mengurut ‘I’

Kemudian teruskan dengan huruf ‘L’ dengan meletakkan tangan pada perut bayi dan perlahan-lahan menolak ke arah kanan secara mendatar kemudian menuju ke bawah, mengikut arah dalam-ke-luar, seakan membentuk huruf ‘L’ yang terbalik.

Teknik Mengurut ‘L’

Untuk huruf ‘U’, gerakannya seakan bentuk huruf ‘U’ yang terbalik, bermula daripada usus kecil dalam arah menghala ke luar.

 Teknik Mengurut ‘U’

Jadi, dari ‘I’ ke ‘L’ ke ‘U’, gerakan urutan membantu mencipta gerakan menolak bagi membantu bayi menyahkan angin atau melegakan sembelit, tetapi kita harus sentiasa ingat bahawa ia perlu dilakukan secara lembut.

Set empat hingga enam urutan ‘I Love You’ bagi setiap sesi memadai untuk meraih hasil, tetapi seperti gaya urutan lain, ia bergantung kepada reaksi si kecil, sama ada dia menerima urutan berkenaan.

Minyak Daun Ubat TYT sesuai digunakan untuk sesi urut yang selesa. Klik sini untuk mengetahui maklumat lanjut produk TYT.

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply